Friday, December 19, 2008

crash boom bang

tersebut lah al kisah...

seorang perempuan yang sangat la clumsy ceritanya....

pada satu hari nan indah, di sebuah apartment di luar kota, burung-burung berkicau merdu, angin bertiup sepoi2 bahasa, matahari menyinari alam dan dengung2 kereta di lebuhraya memeriahkan lagi suasana... si perempuan yang baru selesai mendengar arahan demi arahan dari org yang membayar gajinya, termangu di depan mesin canggihnya. oleh kerana hari makin merangkak ke tengahari, perempuan itu berkeputusan untuk mandi di kamar mandi biru yang sempit. di capainya shampoo yang baru di beli di carrefour pada hari sebelumnya. adapun, hendak di jadikan cerita, shampoo itu terletak di atas color box bersama2 botol2 perfume milik perempuan ini. dengan niat yang baik, perempuan ini mula menyusun semula botol2 kaca itu. tapi, seperti yang dinyatakan di awal cerita, perempuan ini clumsy org nya. maka, tangannya yang clumsy itu telah mengenai sebotol Miracle Forever by Lancome, dan,

"CRASH!!!!"

Miracle Forever by Lancome itu jatuh ke lantai jubin, dan terpisah lah bahagian2 yang dahulunya 1. cecair dengan bau yang menusuk hidung mula melebar di atas lantai, menandakan berakhirnya riwayat sebotol perfume Miracle Forever by Lancome.....

HUUUWAAAAAAAAA!!!!!!!! ABES PERFUME AKU!!!!

p/s: on the positive side of the story, bilik aku akan wangi untuk seminggu dan lebih, dengan bau wangian Miracle Forever by Lancome..Miracle Forever -R.I.P