hari ni aku bangun dengan azam, untuk senyum sepanjang hari di pejabat. lalu aku senyum sepanjang pagi. Sewaktu membakar sampah, sewaktu memotong bunga kantan, sewaktu menebang pokok pisang di kebun dan membawa pisang pulang ke rumah, sewaktu membersihkan longkang penuh lumpur bendang di depan rumah, dan sepanjang perjalanan ke pejabat, aku tersenyum tanpa sebarang sebab kukuh. tak, azam bukan sebab cukup yang kukuh.
tiba masa menghadap skrin kerja, aku mulakan kerja dengan facebook. dan dari masa itu, aku dah tak mampu senyum lagi, sekurang-kurangnya utk hari ini. kenapa? aku terbaca komen kamu di wall seorang rakan. tidak, aku bukanlah cemburu dengan komen itu, tapi aku kecil hati. kamu punya masa untuk komen di wall dia, kamu punya masa untuk message dia di fb, tapi kamu tidak punya masa untuk tanyakan khabar aku pun. kamu tak punya masa untuk message aku walau 2 patah kata. tapi aku tidak terkejut. dulu kamu pernah perlakukan aku begini. kamu cakap kamu sibuk, kamu cakap kamu tiada masa, padahal kamu tipu aku, aku tahu kamu ada di situ, dengan orang lain. aku bukan tak sedar kamu berkali-kali sudah tipu aku. tapi aku biarkan saja.
dulu kamu kata kamu tak punya masa untuk aku, kamu perlu tumpukan perhatian pada kerja kamu. aku terima. selang 2-3 bulan, kamu sudah punya orang baru yang dapat menawan masa kamu yang mahal itu. aku terpana. kamu bukan tak punya masa untuk bersama, kamu hanya tidak mahu memberikan aku masa itu.
dengan payah aku lepas kan kamu sedikit demi sedikit, entah berapa kali aku menangis, berazam, menangis lagi, aku sudah hilang kira. selepas beberapa tahun, aku berjaya simpan kamu dibelakang minda aku. aku sudah jarang teringatkan kamu, mimpi kan kamu juga sudah jarang-jarang sekali.
tapi kamu tiba-tiba muncul kembali dalam hidup aku. kamu mahu aku join aktiviti piramid kamu. aku layan kamu baik-baik. aku tak mampu membenci kamu terus. kerana aku tak pernah benci kamu walaupun kamu selalu perlakukan aku macam kain buruk. selepas itu, kamu akan hilang dari hidup aku selama berbulan-bulan, dan bila muncul keperluan, kamu cari aku lagi.
kemudian, kamu ditimpa ujian besar dalam hidup kamu. hubungan kamu putus di tengah jalan. lalu kamu cari aku. aku gembira, kerana punya kawan berbual. tapi tak lama, kamu bertemu teman baru. lalu kamu berhenti hubungi aku. hati aku sakit lagi. aku menangis lagi, kerana rasa seperti aku hanya digunakan untuk kesekian kalinya. dan, kamu ditimpa masalah lagi. hubungan kamu yang baru itu putus. aku punya teman berbual kembali, kerana kamu sudah punya masa untuk diberikan kepada aku. aku senyum, tapi kelat, kerana makin jelas aku hanya lah tempat kamu jatuh, tempat yang kamu tahu sentiasa ada di situ setiap kali kamu perlu, biar pun berapa kali kamu berjalan pergi.
dan kini, untuk kesekian kalinya lagi, aku mendengar lagi kata-kata yang sama aku terima dari kamu 4 tahun dulu. kamu sibuk. kamu tak punya masa untuk sehelai kain buruk ini. sedangkan aku nampak kamu berhubungan dengan rakan aku. kamu punya masa untuk dia. kamu malu untuk biar orang lain tahu kamu kenal aku, kamu masih berhubungan dengan aku. kamu malu dengan aku. dan aku terbodoh lagi. kamu sudah punya orang lain untuk kamu berikan masa kamu. dan aku dibuang ketepi lagi. aku menangis lagi.
aku rasa letih dan bodoh. letih dibuang dan dikutip. bodoh asyik biarkan diri di buang dan dikutip. aku tahu aku bodoh. kamu pun tahu aku bodoh. sebab tu kamu take aku for granted. atau sebenarnya, pada kamu aku xpernah bernilai. aku je yang rasa aku mean something dalam hidup kamu. that must be the case then.
kenapa aku bodoh macam ni? mungkin sebab aku sayang kamu, tak tahu lah sebagai apa. mungkin. aku tak tahu. kalau aku tahu, senang aku sekolah kan diri aku supaya tak bodoh lagi.
1 comment:
urmmmm
Post a Comment