Wednesday, January 9, 2013

Nasi Goreng Kampung Udang Kering MAGGI - Bersama MAGGI Good to Great Campaign

Dah tau tentang MAGGI Good to Great Campaign?
Dah terlewat sebenarnya tapi tetap nak join juga. Contest ni diorganize oleh blog When A Working Mother Cooks. Dah lama dah sebenarnya contest ni tapi tarikhnya diextend. Hari ni ada sikit lapang, jom kita cuba nasib. heee

Syarat-syarat penyertaan:

1) Hendaklah menjadi FOLLOWER kepada blog When A Working Mother Cooks. Kalau belum jadi follower cepat-cepat tekan butang follow kat sebelah kanan blog ni.

2) Masak apa-apa sahaja makanan kegemaran dengan menggunakan barangan MAGGI (contoh Maggi stocks cubes, Maggi Cukup Rasa, Maggi liquid stocks, Maggi Hari-Hari Favourites, Maggi oyster sauce, Maggi seasoning and Maggi sauces range.- apa-apa sahaja barangan MAGGI) - INGAT tau baragan MAGGI je jadi jangan pula guna Knorr ke, Lee Kum Kee ke etc

3) Ambil gambar dan postkan entry tersebut di blog anda.

4) Ceritakan tentang pengalaman indah anda (testimonial) menggunakan barangan MAGGI dan bagaimana MAGGI menyumbang kepada kehidupan seharian anda.

5) Hantarkan entry blog anda beserta gambar masakan kepada asliza.yusoff@live.com.my dengan menyertakan butiran berikut:
        a) Nama
        b) URL untuk post berkenaan
        c) Nama masakan

6) Anda boleh post seberapa banyak post/entry yang anda suka dalam masa sebulan kempen. Setiap kali anda post entry tersebut ke blog anda, sila hantar email bersama butiran seperti di perkara (5) di atas.

Hadiahnya apa ye?
Jom kita check!
  1) Satu set MAGGI Culinary Solutions
  2) Percutian keluarga ke Legoland Malaysia bernilai RM1500!!!


(ada rasa terliur dak tgk nasi goreng aku? nak? goreng sendiri le. ini aku punya. senang je pakai MAGGI)


NASI GORENG KAMPUNG UDANG KERING MAGGI

Bahan-bahan:
1 mangkuk nasi sejuk - relaikan
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
4-5 biji cili api - tumbuk
1 cawan udang kering - rendam dan tumbuk pecah
1 paket Perencah Nasi Goreng Kampung Ala Kampung MAGGI
1 sk MAGGI Cukup Rasa
Minyak untuk menumis

Hiasan: (xde pun sedap gak nasi goreng tu)
Cili merah - potong serong
Hirisan daun bawang

Cara-cara:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis semua bahan tumbuk hingga wangi dan perang.
Masukkan udang kering yang telah ditumbuk dan goreng seketika hingga udang goreng agak garing.
Masukkan nasi dan kacau rata. Masukkan perencah Nasi Goreng Kampung Ala Warong MAGGI dan MAGGI Cukup Rasa. Kacau rata. 
Taburkan cili merah potong dan hirisan daun bawang semasa menghidang.


Memasak bersama MAGGI memang senang, cepat dan fail proof! Seriously!
Bagi orang bujang macam aku, kerja pula hingga pukul 8 malam baru sampai rumah, produk MAGGI memang banyak membantu. Main campak-campak aje dah siap (campak dalam kuali okey, jangan campak ke lantai). Menggoreng nasi menggunakan perencah Nasi Goreng Kampung Ala Warong MAGGI sungguh menyenangkan. Tak payah ditambah garam kerana perencahnya dan MAGGI Cukup Rasa sudah cukup memberikan rasa pada hidangan nasi goreng aku.  Kalau tak percaya, cuba sendiri.

No comments: