Kalau korang rajin goreng bihun macam aku, lepas tu gunalak perencah bihun goreng MAGGI boleh la join MAGGI Good to Great Campaign kat SINI...hadiah best tau..satu set MAGGI Culinary Solution dan of coz Pakaj percutian keluarga ke Legoland...yang kedua tu yang aku dok aim tu...
BIHUN GORENG MAGGI
1/2 paket bihun - rendam hingga lembut
3 ulas bawang putih - ketuk
3 sb cili kering kisar
1 paket Perencah Bihun Goreng MAGGI
2 sb Sos Cili MAGGI
2 batang sosej ayam
200 gm udang
2 pohon sayur sawi
2 sb kicap masin
2 biji cili merah - hiris
Daun bawang hiris untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi dan kemudian masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak
Masukkan pula sosej ayam dan udang. Biar seketika hingga sosej dan udang masak.
Kemudian masukkan perencah Bihun Goreng MAGGI. Kacau rata.
Tambahkan bihun dan dikacau sebati. Perasakan dengan kicap dan Sos Cili MAGGI. Gaul rata-rata.
Akhir sekali masukkan sawi dan masak hingga sawi layu.
Hiaskan dengan cili merah yang dihirs dan daun bawang semasa menghidang
Mudah kan? Untuk orang ringkas dan nak cepat macam aku ni produk MAGGI sangat banyak menyumbang kepada kehidupan aku. Ye la kan semua dah tersedia cuma tambah bihun dan lauknya je. Kalau time peti ais kosong kita letak je telur pun menjadi juga. Tanpa MAGGI mungkin aku pun macam korang juga, menapak ke kedai mamak untuk makan roti canai. Tapi sejak ada produk Hari-Hari Favorite dari MAGGI kedai mamak tu dah jadi second choice hehehe
No comments:
Post a Comment