Thursday, March 17, 2011

berjaya kah?

tidak berjayakah aku?
aku seorang pekerja kecil(bukan saiz badan) di sebuah syarikat rekabentuk dalaman kecil di bandar kecil. income sebulan menyamai gaji seorang pekerja kilang yg buat shift sekali sekala. tunggangan aku sebuah proton saga hitam yang sudah calar balar dek cakaran ayam kampung gila kuasa. tinggal aku bersama mak di rumah kampung yang tua usianya. hiburan seharian aku hanya dari TV, internet dan peluang sekali sekala jumpa kawan baik. shopping sakan di mall mewah dan bercuti2 malaysia hampir tiada dlm kamus harian ku. harta paling bernilai aku adalah keluarga, kawan baik dan si hitam penuh calar (itupun bukan fully harta aku. keta bank sebenarnya.huh). telefon xde wayar aku tak punya aplikasi canggih dengan touch-screen 2"x4" dgn kemudahan FB 24 jam on the go. kali terkakhir aku manjakan diri dgn produk kecantikan dan spa adalah....well, xpenah.
so, dikira berjayakah aku dalam hidop? apakah kayu ukuran kejayaan? perlukah aku guna kayu pembaris mm so that nilai kejayaan aku nampak besar? atau perlukah aku memperkecilkan diri menggunakan pengukur km untuk mengukur BERJAYAKAH AKU?

No comments: